Ustaz bawa keluarga ke Itali, tidur tepi jalan sebab nak jimat… check-in hotel sekali je untuk mandi, restock gula – “Isteri saya pilih hati kering”

PERCUTIAN dengan anak kecil memerlukan persediaan rapi sama ada dari segi fizikal dan ment4l.

Sudah tentu perkara paling penting, tempahan tempat penginapan dilakukan beberapa bulan lebih awal bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Namun lain orang lain ragamnya!

Bagi Zakuan Faiz, dia berkongsi pengalamannya tidur di tepi jalan bersama dengan isteri dan bayinya ketika bercuti di Itali.

“Bila saya cakap kami satu family ada tidur tepi jalan kat Eropah, memang kami tidur tepi jalan betul-betul.

Posting asal Zakuan sebelum memuatnaik posting baharu berkaitan percutiannya.

“Tidur kat lantai airport tu biasalah, tak payah cerita pun takpa. Tapi ni betul-betul tepi jalan. Masa kat Itali, kami tidur kat kerusi taman Citta Alta di Milan Bergamo, Itali.

“Tempat tu sunyi, tak ada orang. P0lis pun tak ada. Dekat tepi kerusi kitaorang ada paip air yang kerajaan buat untuk minum. So kalau nak minum, minum situ je. Makan biskut-biskut je,” tulisnya.

Jelas pemuda itu lagi, dia tidak bermalam di hotel kerana mahu berjimat.

“Saja je tak nak ambil accomodation sebab nak berjimat. Hotel biasa-biasa pun harga sampai 50 Euro (RM232) satu malam. Baik tidur tepi jalan je free. Banyak lagi boleh buat dengan 50 Euro tu.

“Ambil hotel sekali je sepanjang empat hari kat Milan tu. Tu pun sebab nak mandi, basuh baju dan restock makanan masa breakfast. Ala, ambil gula dengan Nutella je. Beli roti, ngap,” katanya.

Menurut Zakuan Faiz, dia bersyukur kerana bayi dan isterinya tidak banyak kerenah sepanjang percutian itu.

Gambar bersama isteri dan anaknya semasa berada di sempadan Kosovo-Montenegro.

“Alhamdulillah baby tak meragam, isteri pula memang jenis hati stainless steel. Saya dah beritahu awal-awal masa mula-mula kahwin dulu yang saya ni ustaz.

“Saya akan mengembara jauh. So kalau nak hidup dengan pengembara, hati tak boleh maruku krup krap krup krap bunyi. Kalau tak mau ikut, saya gerak sorang.

So sama ada nak kena tinggal atau ikut dengan hati kering. Dia (isteri) pilih hati kering. Sekering biskut Merrie,” tulisnya.

Zakuan turut mendedahkan isterinya tidak pernah merungut tetapi ada sesekali menangis dek kerana tak tahan sakit pinggang menanggung beg dan bayi mereka ketika terkandas 10 jam di lapangan terbang.

“Lepas pujuk-pujuk sikit OK lah. Bukan nak merungut, nak mengadu letih je… biasalah, perempuan. Diorang kena lepaskan em0si tu, tak boleh simpan.

“Lelaki pulak, dia simpan dalam. Sebab kalau dia pun sama naik menangis bucu katil, baik potong **** je.

“Lelaki kena hati besi buhler Jerman, boleh potong besi lain. Baru lelaki namanya. Kalau tak, mohon pakai baju pelangi,” katanya.

Zakuan turut melancong ke Belanda bersama keluarga kecilnya.

Dalam pada itu, Zakuan turut menceritakan pengalaman mereka meredah hujan ketika berjalan lima kilometer dari hotel ke stesen bas semasa di Itali.

“Saya buka jaket saya selimutkan isteri dan anak sambil biarkan diri kebasahan. Isteri saya tegur amboi romantiknya.

“Saya cakap takdelah, tu bukan selalu hero-hero cerita Korea buat ke. Saja je tiru-tiru.

 

Alhamdulillah baby tak meragam, isteri pula memang jenis hati stainless steel. Saya dah beritahu awal-awal masa mula-mula kahwin dulu yang saya ni ustaz.

ZAKUAN FAIZ

Ceh penat je terharu, ingatkan betul-betul nak romantik, rupanya nak tiru-tiru drama je. Saya pun jadi confuse. Salah ke jawapan saya tu,” soalnya.

Zakuan turut menyifatkan tindakannya itu bukanlah satu pengorb4nan yang besar.

“Saya dan isteri pernah pergi kem pela4rian Syriia lagilah dahsy4t keadaan. Tu bukan dua tiga hari, tapi bertahun-tahun, dengan sejuknya.

“Ramai yang m4ti masa musim sejuk. Korang tak faham sejuk musim macam mana selagi tak pernah hadap negara musim sejuk.

Zakuan bersyukur kerana isteri dan anaknya tidak banyak kerenah semasa mengembara.

“Tapi nanti zaman D4jjal, lagi teruuk kot. Yang mana tak tahan, akhirnya akan tunduk bawah Dajj4l, dan dapatlah dia segala kesedapan dunia. Nauzubillah min Zalik,” tulisnya.

Perkongsian Zakuan mengenai pengalaman percutian mereka sekeluarga mendapat reaksi berbeza dalam kalangan netizen.

Rata-rata mengec4m tindakan itu yang dikatakan tidak sesuai untuk usia anaknya yang masih kecil.

“Nak travel around the world tapi tak nak spend sampai menyusahkan anak dan isteri. Kalau sorang tak kisah sangat tapi dengan baby kecil lagi.

“Mengembara keliling dunia untuk menikmati keindahan ciptaan Allah tapi bukan dengan cara meny3ksa diri, tidur dekat kaki lima. Check in semata-mata nak cuuri makanan breakfast tapau banyak-banyak untuk stok,” kata seorang pengguna Facebook.

“Serius saya tak faham kenapa harus merisiik0kan baby yang masih kecil. Saya bukan ustaz mahupun ada pengetahuan agama tapi saya orang dewasa yang mempunyai anak,” kata Amirul.

Bayi kecil ini sudah mengembara ke banyak negara.

Bagaimanapun terdapat segelintir yang mempertahankan tindakan Zakuan yang dianggap cuba mendidik orang ramai supaya bersyukur seadanya.

“Ustaz tu mendidik diri supaya lebih bersyukur atas nikmat dikecapi berbanding sahabat-sahabat yang mempunyai anak di kem-kem pel4rian. Ada baby di kem pel4rian tak dapat tidur dalam keadaan pakaian bersih?

“Ada baby di kem pel4rian tidur dalam keadaan riibut pasir dan berhabuk. Ada yang tidur dalam pelvru sesat, ada yang tidur di atas tanah je… baby tu dar4h d4ging beliau, Insya-Allah baby tu selamat. Yakin pada Allah SWT andai niat kita ikhlas untuk mengembara,” kata DyZ.

Sementara itu dalam posting terbaharunya selepas artikel ini disiarkan mStar, Zakuan mendakwa terlupa untuk memaklumkan bahawa dia turut menginap di Airbnb selama empat hari kerana lebih murah berbanding hotel.

“Ni baru edit terlupa nak explain pasal empat hari tu hahaha. Actually memang ambil hotel satu hari je. Lepas tu kami ambil Airbnb sebab lebih murah, lupa nak cerita.

“Yang redah hujan pulak, biasalah semua orang redah hujan. Masa tu pula kami kat jalan raya, tak ada bangunan kiri kanan. So terpaksa redah sampai ke stesen bas baru ada jumpa bumbung,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Kredit  : Mstar

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*