Lagi Terer Dari Mamak! Video Gadis Ini Tebar Roti Canai Buat Ramai Yang Ternganga!

Roti canai, salah satu makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Biasa dipesan di kedai mamak dan dimakan tidak kira waktu pagi, petang mahu pun malam. Kebiasaannya ia dihidangkan bersama kuah dhal, kari dan sambal.

Baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang wanita sedang menebar roti canai tular di sosial media. Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan telah raih sehingga 292,600 tontonan!

Video yang menarik perhatian ramai itu dimuat naik beberapa hari lalu dan telah meraih sebanyak 1,000 retweets dan pelbagai reaksi dari netizen.

Korang tonton sendiri video yang tular ini seperti berikut…

Melihatkan gaya wanita ini mencanaikan roti ini sahaja pun sudah boleh buat kita membayangkan rasanya yang nipis dan rangup.

Menurut pemilik akaun ini juga, gelagat wanita ini dirakam di sebuah restoran Mamak di Melbourne dan bukannya di China seperti anggapan pertamanya.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Powernya dia tebar….”

“Macam lipat baju”

Sumber: fvkhrievia HCL

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*