”Ketumbuhan Datang Lagi”. Azharina Dibed4h Kali Kedua.

PENYANYI Azharina Azhar menjelaskan benjolan lipoma di bahagian dahinya yang dibuang menerusi pembed4han pada 27 Ogos lalu tidak merb4haya.

Azharina, 34, berkata, ketumbuhan itu juga sudah disahkan bukan penyak1t k4nser.

Tambahnya, dia pernah menjalani pembed4han membuang benjolan tersebut ketika berusia 16 tahun namun tumbuh kembali di tempat yang sama selepas 18 tahun.

“Alhamdulillah, saya dah melakukan pemeriksaan dengan beberapa doktor dan mereka mengesahkan benjolan lipoma di dahi saya tidak merb4haya dan ia bukan k4nser.

“Sebelum ini saya pernah membuat pembed4han membuang benjolan tersebut pada usia 16 tahun tapi baru-baru ini ia tumbuh semula di tempat yang sama.

Azharina berkongsi video ketika dia menjalani pembed4han membuang benjolan lipoma di dahi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on

“Insya-Allah selepas ini tidak akan tumbuh lagi sebab sudah membuang akar sekali tapi kita tidak tahu kuasa tuhan,” kata Azharina.

Azharina ditemui ketika Mini Showcase Projek Amal #PrayForUtusan #PrayForKosmo di Panggung Asia, Setor Gombak, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Untuk maklumat, lipoma merupakan ketulan atau benjolan yang berbentuk bulat sama ada kecil atau besar tumbuh antara permukaan kulit dan lapisan otot menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa.

Lazimnya, lipoma tumbuh di beberapa bahagian badan seperti tangan, kaki, bahu dan belakang leher, malah ada di dalam organ badan.

Sebelum ini, penyanyi lagu Elegi Sepi ada memuat naik video ketika dia sedang menjalani pembed4han menerusi laman Instagramnya pada 10 September lalu.

“Doktor mengesahkan benjolan lipoma di dahi saya tidak merb4haya dan ia bukan k4nser.”-Azharina

Dalam pada itu, Azharina memberitahu dia berasa sakit sepanjang tiga jam pembed4han dijalankan kerana berada dalam keadaan sedar.

Kata Azharina, doktor mengambil sedikit lemak di bahagian tepi kedua-dua belah pahanya untuk diletakkan di dahinya.

“Masa pembed4han itu saya memang rasa sakit sebab hanya dibius separuh saja. Jadi, ketika itu saya dalam keadaan sedar dan boleh ketawa serta berborak dengan doktor juga.

“Menerusi pembed4han itu, doktor mengambil sedikit lemak di bahagian tepi kedua peha kaki saya untuk dimasukkan dalam dahi untuk menutupi lekuk supaya benjolan itu tidak lagi tumbuh.

“Sebenarnya saya jalani prosedur paling terbaru di Malaysia,” ujarnya.

Azharina turut memberitahu dia mengambil masa seminggu untuk berehat di rumah disebabkan wajahnya menjadi bengkak selepas pembed4han.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Sumber: mstar

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*