“Yusry Dah Matang” – Erra Tak Kisah ‘Disatukan’ Dengan Bekas Suami.

 Erra Fazira tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mana-mana produksi berhasrat menggandingkannya dengan bekas suami, Yusry Abdul Halim.

Kata Erra, dia sentiasa bersikap profesional dan menyifatkan sejarah antara mereka sebagai kenangan yang tidak seharusnya menjejaskan kredibiliti masing-masing dalam industri.

“Ya, kalau digandingkan dalam satu screen, ia adalah kali pertama buat kami selepas 13 tahun.

“Kita dalam satu industri… pusing-pusing pun akan bersua juga.

Erra mengakui tidak kisah jika digandingkan dengan Yusry.

“Sama ada dalam satu frame atau majlis, kami dah biasa berjumpa. Jadi ia tidak menjadi apa-apa isu bagi saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Erra berkata dia juga gembira dengan kehidupannya ketika ini malah menganggap gandingan bersama bekas suami tidak menjejaskan dirinya.

“Masing-masing dah ada kehidupan sendiri, dah happy dan saya pun gembira dengan hidup saya.

“Apa yang tinggal itu adalah memori lama dan ia tidak menjejaskan apa-apa pun.

Apa yang tinggal itu adalah memori lama dan ia tidak menjejaskan apa-apa pun.-ERRA FAZIRA

“Saya percaya Yusry pun dah matang dengan benda-benda begini dan tak timbul soal tercuit atau apa,” katanya lagi.

Tindakan Erra itu menerima pujian ramai netizen di Twitter.

Gandingan Erra dan Yusry pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Erra dan Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada Jun 2003 namun berp1sah tiga tahun kemudian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Sumber: mstar

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*