“Bukan Nak Aibkan Suami “- Lufya Buka Rahsia Rumahtangga.

Lufya Omar mendakwa suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami selepas tiga bulan mereka bergelar suami isteri.

Lebih mengejutkan, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, suaminya juga didakwa pernah melakukan pengan1ayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

“Follow, unfollow, blocked? Follow, unfollow… blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke?

“Sejak tiga bulan kita berkahwin, kau dah buat pengan1ayaan yang tak terjangkau fikiran.

“Lari daripada tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut. Aku diam, sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi dan kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali!” katanya.

Lufya mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab suaminya di laman Instagram.

Lufya membuat dakwaan serius itu menerusi sebuah posting di Instagram miliknya pada Khamis.

Menerusi perkongsian itu, Lufya turut memuat naik paparan skrin menunjukkan akaun Instagram miliknya disekat oleh suaminya.

Selain itu, Lufya berkata, dia turut mengalami kemurung4n selain luk4 pada bahagian badan akibat perlakuan suaminya.

Enough is enough… Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri.

“Aku pernah sak1t, aku kemurung4n, tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaanya.

Lufya sebelum ini tidak pernah mendedahkan perihal rumah tangganya kepada umum.

“Kesabaran aku diduga terlalu lama. Luk4 dekat badan tak sesakit luk4 dekat dalam hati ni. Thank you so much!” tulisnya.

Dalam pada itu, Lufya berkata, dia tidak berniat untuk membuka aib suaminya namun kesabarannya itu sudah sampai pada tahapnya maksimum.

Katanya, suaminya itu turut membuat fitn4h terhadap dirinya semata-mata mahu menyelamatkan diri sendiri.

“Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada!

“Dah cukup lama aku bersabar… Dah cukup lama aku dian1aya!

Fitn4h isteri dekat keluarga macam-macam semata-mata nak tutup kesalahan sendiri

“Fitn4h isteri dekat keluarga macam-macam semata-mata nak tutup kesalahan sendiri,” katanya.

Pelakon Lufya selamat bergelar isteri kepada Che Muhammad Hafiz Che Baharum dengan sekali lafaz pada 26 November 2016.

Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

 

Sumber: mstar

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*