‘Nak Ngorat Bella Astillah’ – Yoe Parey Buat Ramai Geli Hati!

Drama spontan yang meraih jutaan tontonan di YouTube meletakkan tiga pemuda Kelantan dikenali dalam masa singkat.

Bukan kerana ketampanan mereka sebaliknya lakonan santai yang dibawa oleh Syahmi sendiri bersama sepupunya, Muhammad Asyiff Suhaimi, 17, atau Asif dan rakan mereka, Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 21, atau dikenali Yoe Parey, mencuit hati penonton.

Lebih-lebih lagi kisah yang diketengahkan membawa mesej yang mendalam namun diselitkan dengan unsur komedi yang bersahaja.

Menggunakan dialog spontan dengan dialek Kelantan turut memberi kelainan kepada anak muda ini untuk mengekspresikan bakat seni lakonan.

Biarpun bekerja dengan dua rakan ‘istimewa’ namun Syahmi menganggap ia sebagai salah satu tugas yang menyeronokkan.

Awal hari ini, youtuber Syahmi Sazli yang terkenal menerusi ‘Drama Spontan’ ada berkongsi video pendek yang merakamkan pertemuan salah seorang bintang utama program tersebut, Yoe Parey dengan pelakon Bella Astillah.

Selain Asif, gelagat selamber dan spontan yang dimainkan Yoe Parey turut mencuit hati ramai.

“You suka ke saya?” tanya Yoe atau nama penuhnya, Muhammad Ashrul Hakim Lukman ini.

“Suka ke you maksudnya? Suka sebab you comel sangat. You umur berapa,? jawab Bella lalu menggamatkan suasana.

Video yang sudah pun mendapat lebih 100,000 tanda suka itu sudah pun ditonton hampir 600,000 kali setakat ini.

Malah, Bella turut berkongsi video sama menerusi akaun Instagram miliknya.

Foto: Instagram Bella Astillah.

VIdeo:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yoe ajak Bella couple..@yoe_parey @bellaastillah 🤣🤣

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

Sumber: IG syahmiSazli

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*