Griezmann kini milik Barcelona

BARCELONA: Kelab Sepanyol, Barcelona mengesahkan sudah menandatangani pemain antarabangsa Perancis, Antoine Griezmann daripada Atletico Madrid, hari ini.

Skuad The Catalan menerusi kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan kelab itu membayar 120 juta euro (RM555 juta) kepada Atletico bagi menebus kontrak pemain itu.

Pemain berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun untuk menyarung jersi Barcelona.

Penyerang Perancis itu tahun lalu menolak tawaran untuk berpindah ke Bacelona tetapi pada Mei lalu dia mengumumkan akan meninggalkan Atletico selepas lima musim bersama kelab itu.

“FC Barcelona membayar 120 juta euro (RM555 juta) bagi menebus kontrak Antoine Griezmann daripada Atletico Madrid.

“Pemain itu akan menandatangani bersama kelab baharu bagi lima musim akan datang sehingga 30 Jun 2024 dengan nilai tebus kontrak bernilai 800 juta (RM3.7 bilion),” kata kenyataan dikeluarkan Barcelona.

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*