Sering Berulang-alik Ke Hospital, Maya Matahari Sak1t Apa?

Kepada peminat yang selalu mengikuti perkembangan penyanyi dan penyampai radio, Mya Ruslee pasti tahu dia sering ke hospital.

Pernah satu ketika Mya sendiri menulis ‘rutin’, seakan dia perlu menjalani beberapa rawatan susulan.

Mya yang kini berkhidmat di stesen radio Best FM bagaimanapun tidak pernah berkongsi jika dia punya masalah kesihatan.

Ketika dihubungi MHE TV, pemilik nama penuh Meyanaliza Ruslee enggan berkongsi kisahnya dan hanya mengharap doa peminat.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan saya. Ramai yang bertanya bila saya akan kembali ke konti selepas dua bulan bercuti.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh Mya Matahari Official (@myaruslee) pada

“Saya akan mula bertugas pada 1 Julai nanti. Selepas ini saya akan fokus dengan kerjaya.

“Sebelum ini saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga lupa menjaga kesihatan. Ini menjadi pengajaran buat saya.

“Walau sibuk mana sekalipun, kesihatan harus diutamakan,” ujar Mya.

Penyanyi lagu Diari Biru ini juga berharap agar semua berfikiran positif dan tidak cepat membuat sebarang spekulasi. 

Video:

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh Mya Matahari Official (@myaruslee) pada

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Sumber: MheTV

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*