Sering Diberi Ujian Rumahtangga Sedari Anak-anak Masih Kecil. Terima Kasih Kerana Selalu Berda Di Samping Mama!

Pengumuman penerbit terkenal, Datuk A.Aida berkaitan perceraiannya dengan pelakon Ariff Aziz dalam satu sidang akhbar hari ini sememangnya mengejutkan ramai pihak.

A. Aida mengaku bercerai talak satu pada 25 April lalu dengan Ariff di mana perkahwinan mereka hanya bertahan sembilan bulan selepas mendirikan rumah tangga pada 21 Julai tahun lepas.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh A Aida Awang (@a_aidaproduction) pada

Namun bagi pemilik nama penuh Zaidah Awang ini, berakhirnya ikatan perkahwinannya dengan Ariff bukanlah alasan untuknya terus berduka.

Menerusi Instagram miliknya, A.Aida meluahkan perasaan terharu kerana di saat berdepan dengan pelbagai liku hidup, tiga anaknya tidak berganjak menjadi tulang belakang yang sentiasa menjadi pembakar semangatnya.

“Terima kasih @azevanatassha @rahul_a.aida dan Aleesa yang sentiasa bersama-sama dengan mama dalam susah dan senang kita,” kongsinya.

Malah penerbit drama Dia Menantu Rahsia ini juga memanjatkan rasa syukur kerana kekuatan yang ada pada dirinya hari ini datangnya daripada semangat ketiga-tiga anaknya.

“Dari kecil sampailah anak-anak mama dah besar panjang, kita selalu diduga dan diuji Tuhan. Tetapi sebab anak anak mama selalu bersama-sama di sisi, mama terus kuat dan bersemangat menjalani kehidupan.

“Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbanan buat mama selama ini. Semoga Allah SWT sentiasa menghadiahkan kita dengan rahmat dan hidayah-Nya,” ungkap A.Aida reda dengan apa yang berlaku.

Kekuatan A. Aida adalah kerana anak-anak yang sentiasa berada di sisi, saat suka dan dukanya.

A. Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994 tetapi bercerai pada 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha, 17.

Dia kemudiannya berkahwin dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007, namun berpisah pada 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 10.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Sumber: MHETV

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*