Betul Ke Ayda Jebat Dah Tak Kawan Redza Rosli Lagi?

Peminat sedia maklum akan hubungan rapat antara Ayda Jebat dan Redza Rosli. Meskipun tidak pernah mengisytihar sebagai pasangan kekasih, namun ada yang menganggap dua bintang popular ini sedang bercinta.

Kedua-duanya sebelum ini sering berkongsi gambar bersama dan membalas komen dalam sosial media.

Bagaimanapun kebelakangan ini, hubungan mereka seakan renggang. Tiada lagi gambar bersama. Lebih menghairankan, baik Ayda mahupun Redza sudah tidak saling mengikuti dalam laman Instagram masing-masing.

Kali terakhir mereka memuat naik gambar bersama ialah pada sambutan ulang tahun masing-masing sekitar Mac lalu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ayda Jebat (@aydajebat) pada

Ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini juga, tidak ada foto berdua yang dimuat naik seolah-olah memberi gambaran yang dua insan ini tidak meraikan Syawal bersama seperti tahun lalu.

Tahun lalu, pelakon kacak Redza mengunjungi rumah keluarga Ayda di Melaka bagi meraikan Syawal bersama-sama.

Diminta memberi komen tentang hal tersebut, Ayda lebih selesa untuk mengunci mulut. Penyanyi lagu Temberang ini tidak mahu membuka sebarang cerita.

Sekiranya benar ada sengketa di antara mereka, eloklah diselesaikan secara baik. Atau mungkin mereka sebelum ini benar bercinta namun akhirnya terputus di tengah jalan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Sumber: sumber 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*