Adira Tidak Kisah Bakal Anak Ketiganya Lelaki Atau Perempuan Asalkan Dia Selamat Dan Sihat.

TIDAK mengalami sebarang alahan pada kehamilan kali ini, penyanyi Adira Suhaimi mengakui mendapat tahu dirinya hamil ketika kandungan berusia lima bulan.

Adira berkata, selain tidak mengalami alahan keadaan perutnya juga kecil seperti biasa tidak menunjukkan tanda orang mengandung.

“Saya memang tidak tahu mengandung ketika itu, keadaan normal seperti biasa. Saya mendapat tahu ketika bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

“Apabila doktor memeriksa keadaan saya, dia memberitahu ada bayi di dalam perut dan turut terkejut,” katanya yang kini hamil tujuh bulan.

Adira berkata, disebabkan usia anak keduanya masih kecil dia berhasrat untuk berehat sementara membesarkan dua anaknya.

“Saya masih terkejut tetapi terima saja kerana ini adalah rezeki dan tidak menolak malah tidak kisah jika beranak ramai.

“Jika diikutkan saya mahu berehat dulu dan fokus membesarkan anak,” katanya.

Berkongsi mengenai jantina anak kali ini, Adira berkata, dia tidak terlalu memikirkan soal jantina apa yang penting bayi berkenaan sihat dan selamat apabila lahir nanti.

“Saya sudah ada anak perempuan dan lelaki, jadi untuk kelahiran kali ini saya tidak kisah soal jantina yang penting sihat.

“Tetapi sehingga sekarang saya belum memeriksa jantina bayi dan biarlah ia menjadi kejutan buat keluarga,” katanya.

Setiap wanita yang mengandung kebiasaannya akan teruja untuk membuat persiapan buat bayi yang akan dilahirkan.

Namun berbeza bagi penyanyi Adira Suhaimi yang memberitahu, dia tidak begitu beria untuk anak ketiganya.

Ujar Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, apa yang penting padanya ialah bayi yang dikandungnya dilahirkan dengan selamat dan sihat.

“Untuk kehamilan kali ini, saya tidak kisah lelaki atau perempuan asalkan dia selamat dan sihat.

“Lagipun, pengalaman melahirkan sebelum ini membantu juga saya dengan kehamilan kali ini.

“Jika ditanya dari segi persiapan, baju-baju anak pertama masih boleh dipakai. Jadi pakailah mana yang ada,” ujar Adira.

Pelantun lagu Pujaan Hati ini berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu @ Datuk Red di Songkla, Thailand sebagai isteri kedua pada Disember 2015.

Pasangan itu menimang cahaya mata pertama, Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua, Assan pada 9 September 2018 dan kini hamil enam bulan anak ketiga.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh adira.suhaimi (@adira.suhaimi) pada

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Sumber: Mhetv

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*