“Rita Rudaini Beri Ucapan Selamat Hari Bapa Buat Semua Ibu-ibu Tunggal”.

Pelakon jelita, Rita Rudaini tidak terkecuali mendedikasikan hari istimewa sempena Hari Bapa dalam laman Instagram miliknya.

Menerusi entri yang dimuat naiknya, Rita berkongsi pengalamannya membesarkan anak-anak tanpa seorang suami di sisi.

Rita membesarkan kedua anaknya seorang diri.

“Rasa bertuah dipilih untuk besarkan anak-anak sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa.

“Ada yang bercera1 tapi anak-anak masih dibiaya bapa, duit sekolah, perayaan, tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa, beruntungnya mereka…alhamdulillah.

“Tapi saya sebaliknya. Tanggungan penuh atas bahu saya dari mereka kecil sampai sekarang. Sekolah, perayaan, tempat perlindungan dan macam-macam,” tulis Rita.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Rita Rudaini (@ritrud727) pada

Jelas Rita lagi, dia bersyukur kerana dipilih Allah untuk ujian ini di dalam hidupnya.

“Ini bahagian saya. Ini anak-anak kandung darah daging saya. Mana mungkin saya berkira-kira.

“Saya tak rasa susah mencari rezeki sorang-sorang. Penat? Ye itu biasa tapi bila dapat menyuap rezeki ke mulut anak-anak, saya bahagia.

“Saya rasa ibu tunggal di luar sana pun merasa benda yang sama macam saya. Selamat Hari Bapa untuk ibu-ibu tunggal,” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Rita Rudaini (@ritrud727) pada

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008, namun merely mengambil keputusan untuk bercera1 pada September 2013.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, yang kini di bawah jagaan Rita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Kredit  : MHeTV

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*