Khai Bahar Kongsi Pengalaman Ramadhan Paling Mengujakan Di Tanah Suci Makah!

Walau untuk sesaat, penyanyi Khai Bahar tidak dapat melupakan pengalaman menakjubkan menjalani ibadah berpuasa di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

Biarpun ini bukan kali pertama dia menjejaki kaki di Tanah Suci, namun keterujaannya berbeza apabila dia dapat melihat sendiri bagaimana Ramadan disambut di sana.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Khai Bahar (@khaibahar94) pada

“Alhamdulillah saya diberi peluang berbuka dan bersolat tarawih di Masjidil Haram serta di Masjid Nabawi dengan pelbagai bangsa dari seluruh dunia.

Khai teruja apabila diberi peluang untuk menziarahi Taif oleh Raza Holidays Sdn. Bhd.

“Saya menggunakan waktu ketika mengerjakan umrah untuk berehat, lupakan seketika urusan kerja dan fokus kepada ibadah,” katanya.

Berkongsi pengalaman, Khai berkata, cuaca yang panas dan kurang minum air menyebabkan dia demam dan batuk selepas tiga hari berada di sana.

“Saya dinasihatkan mutawif oleh Raza Holidays Sdn. Bhd. untuk sentiasa minum banyak air zam zam selain makan ubat. Alhamdulilah saya kembali bertenaga,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Kredit  : MHETV

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*