Mengapa Akmal Rizal pulang ke Malaysia setelah bermain di Liga Perancis

Sekitar 20 tahun lalu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mendapat peluang untuk bermain bersama pasukan RC Strasbourg yang beraksi di Liga Perancis, namun selepas beberapa musim di sana, beliau pulang ke Malaysia. Mengapa beliau tidak kekal di sana?

Dalam rancangan Formasi yang dikendalikan oleh Zainal Abidin Rawop dan turut disertai Asmawi Bakiri (bekas pemain kebangsaan) serta wartawan Nicolas Anil, Akmal Rizal membuka mulut mengenai perkara tersebut setelah mendapat persoalan dari seorang penonton, Hadiah Rawan Abd Ghani.

Beliau menjelaskan, “Ketika di Perancis, apabila saya pergi ke RC Strasbourg, saya tidak boleh bermain kerana kuota pemain import luar eropah. Jadi saya dipinjamkan ke kelab FCSR Haguenau.

“Saya rasa saya konsisten sebagai penjaring terbanyak dalam pasukan dan juga terbanyak dalam liga tetapi tiga perlawanan terakhir seblum tamat musim pada bulan mei 2001, saya mengalami kecederaan hamstring yang cukup serius.

“Sebelum itu, saya telah mendapat surat tawaran untuk menjalani ujian pemilihan pasukan CS Sedan dalam divisyen pertama tetapi saya tidak dapat pergi kerana masalah kecederaan hamstring itu.

“Jadi, apabila tamat kontrak selama dua tahun di sana, saya pulang ke Malaysia. Jadi, peluang nak keluar (luar negara) lagi pada masa itu tiada, di Malaysia pun, ejen dan sebagainya belum ada, apabila pulang ke Malaysia, tiada peluang lagi untuk pergi ke luar negara, jadi terpaksa bermain terus di Malaysia.” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*