Duduk tidak buat apa-apa, pelembut pakaian antara penyebab kanser! – Famili | mStar

KEMATIAN disebabkan penyakit kanser bukan sesuatu yang asing lagi, malah ia antara penyebab kematian utama di seluruh dunia ketika ini.

Dengan angka yang meningkat setiap tahun, kita pasti tertanya-tanya apakah punca atau penyebab seseorang itu menghidapi kanser? Atau apa amalan atau tabiat kita yang meningkatkan peluang berdepan penyakit itu.

Malangnya, terdapat pelbagai punca yang boleh meningkatkan peratusan seseorang terkena kanser tanpa kita sedari.

Berikut 10 perkara yang disenaraikan ini boleh menjadi penyebabnya!

Gula membahayakan kesihatan.

1. Pengambilan gula berlebihan

Gula berlebihan bukan sahaja mengakibatkan diabetes malah kanser kerana ia merosakkan sel dalam tubuh, sekaligus meningatkan peluang terkena penyakit kronik ini.

Teh patut diminum apabila ia sejuk. 

2. Minum teh panas

Segelas teh panas kedengaran cukup menyegarkan, malah teh hijau boleh mengurangkan potensi terkena kanser payudara, prostat dan perut.

Namun awas! Menghirup teh panas sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser esofagus menurut kajian dilakukan oleh Jurnal Kanser Antarabangsa. Jadi sebaiknya biarlah ia sejuk dahulu.

Duduk terlalu lama boleh meningkatkan potensi terkena kanser.

3. Duduk terlalu lama

Ia kedengaran lucu tetapi itulah hakikatnya. Kajian menunjukkan duduk lebih daripada enam jam tanpa berbuat apa-apa boleh meningkatkan kadar kanser sebanyak 19 peratus.

Jadi sebaiknya walaupun tiada apa hendak dilakukan cuba bangun, berjalan atau lakukan seniman ringan setiap jam!

Pakai penutup muka bagi mengelakkan terhidu habuk kayu.4. Terhidu habuk kayu

Terdedah kepada habuk kayu sangat berbahaya apabila kajian terbaharu mendapati tukang kayu yang menghidu habuk ketika memotong atau gergaji kayu mempunyai risiko tinggi mendapat kanser hidung.

Jalan terbaik adalah guna penutup mulut sebelum melakukan kerja-kerja melibatkan kayu.

Larutan pelembut pakaian terdapat bahan kimia berbahaya. 5. Pelembut pakaian

Penggunaan pelembut pakaian adalah perkara biasa bagi memberi bau wangi namun tanpa disedari produk tersebut mempunyai bahan kimia bertoksik.

Kajian Jurnal Toksik dan Kesihatan Alam Sekitar terhadap beberapa jenama pelembut pakaian mendapati terdapat bahan seperti benzly acetate, benzly alcohol, ethanol, limonene dan sebagainya adalah berbahaya dan penyebab kepada kanser prostat selain sistem badan yang lain. – EAT THIS 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Kredit 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*