Jaa Suzuran Bukan Lagi Penyampai Radio Era!

SETELAH lima tahun bersama stesen radio Era, Jaa Suzuran memaklumkan dia kini bukan lagi penyampai di radio tersebut.

Menurut Jaa, 25, dia tidak menyambung kontrak bersama stesen berkenaan dan memilih untuk bergerak sendiri bagi menguruskan karier seni yang semakin berkembang baik.

“Saya bukan lagi penyampai atau DJ di stesen tersebut sejak hujung tahun lalu dan memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama mereka.

Jaa banyak belajar mengenai industri seni semasa menjadi penyampai Era FM.

“Lima tahun bersama mereka, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bergerak sendiri dan mencuba bidang yang lain pula.

“Jadi DJ ini memerlukan komitmen masa yang agak tinggi, susah nak susun jadual lakonan, jadi saya perlu korb4nkan bidang penyampaian radio ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Jaa atau nama sebenar Mohamad Faizal Ahmad menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak pengurusan radio berkenaan.

Jaa membintangi filem Autumn In Wales yang bakal ditayangkan di pawagam hujung tahun ini.

Malah, dia masih menjalinkan hubungan baik dengan stesen tersebut dan menerima sokongan daripada mereka.

“Saya keluar secara baik dan tak ada sebarang masalah atau isu, sehingga kini mereka masih memberi sokongan kepada saya.

“Bayangkan lima tahun bersama Era, banyak pengalaman dan ilmu saya dapat, dari seorang pemuda yang datang dari kampung dan akhirnya bina nama sampai tahap ini.

“Sekarang ini pun orang ramai masih panggil saya Jaa Era, mungkin orang belum tahu saya dah keluar radio Era. Tak apa, saya tak kisah dengan panggilan itu sebab memang di situ saya memulakan karier ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Kredit  : Mstar

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*