Anak minta pakai baju raya Allahy4rham Faziani, pereka fesyen Rizman Ruzaini sebak terpaksa ‘alter’ baju arw4h

PEREKA duo terkenal, Rizman Ruzaini terkilan baju rekaan mereka sempena sambutan Aidilfitri tidak sempat digayakan pengasas produk kecantikan Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.

Lebih memilukan, Rizman memberitahu apabila anak perempuan Allahyarham iaitu Irdina Hakim Jasman, 16, meminta untuk memakai baju yang sepatutnya dipakai arwah pada hari lebaran sebagai mengubati kerinduan kepada ibunya.

“Allahyarham menempah hampir 50 pasang baju untuk beliau dan keluarga, malah adik-beradiknya pun dia tempahkan sekali.

“Arwah juga ada menempah berbelas baju untuk dirinya tetapi baju beliau telah saya alter untuk dipakai oleh anak perempuannya selepas diminta buat begitu.

“Sejujurnya saya seorang yang hati kental dan sukar untuk menitiskan air mata. Tetapi sebaik mendengar khabar duka saya sangat terperanjat. Saya terkilan dengan kehilangan kak Faziani,” katanya kepada mStar.


Rizman (kiri) berkongsi kenangan bersama Allahyarham Faziani Rohban.

Sementara itu, berbeza dengan tahun sebelum ini, pereka fesyen itu juga berkata, dia didatangkan khas ke Kelantan untuk mengambil ukuran baju mereka sekeluarga.

Katanya, Allahyarham merupakan pelanggan setia dan sudah menggunakan khidmat mereka sejak lima tahun lalu bagi menyiapkan pakaian ke majlis-majlis tertentu.

“Arwah sudah lama tempah baju dengan kami, hampir lima tahun. Dia merupakan antara pelanggan kami yang paling setia. Bukan baju raya sahaja, baju pergi kenduri-kendara atau event juga dia akan tempah dengan kami.

“Tahun-tahun sebelumnya arwah sekeluarga akan datang ke butik untuk ambil ukuran. Tetapi tahun ini dia telah meminta saya ke rumahnya di Kelantan.

“Jadi saya diterbangkan ke sana dan dia begitu teruja menanti kehadiran saya,” katanya.

Ketika berkunjung ke sana saya ada beritahu dia saya datang berdua sahaja, tetapi dia hidang makanan seperti untuk 10 orang makan

RIZMAN NORDIN

Pereka fesyen

Baju raya yang di tempah Faziani dipakai anak perempuannya pada Syawal lalu.

Mengimbau kenangan ketika berkunjung ke rumah Faziani, Rizman berkata dia terkejut melihat hidangan yang disediakan wanita disifatkan sebagai seorang yang sangat pemurah itu.

“Kak Faziani memang pemurah orangnya. Murah dengan nasihat untuk bersedekah dan pujian hingga membuat saya rasa dihargai. Antara yang paling saya rindu adalah sikap dirinya yang baik, positif dan supportive.

“Ketika berkunjung ke sana saya ada beritahu dia saya datang berdua sahaja, tetapi dia hidang makanan seperti untuk 10 orang makan.

“Dia juga masakkan nasi putih bersama daging goreng kerana arwah tahu saya tidak makan makanan Kelantan. Arwah juga sempat bawa saya berjalan-jalan di sana,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

Kredit  : Mstar

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*