Doktor Hanya Beri Masa 3 Bulan Sahaja Kepada Sherry Al-Hadad

Mengalami masalah berat badan yang berlebihan, pengacara dan pelakon Sherry Al-Hadad dinasihatkan oleh doktor untuk ‘buang lemak’ atau akur dengan rislk0 penyaklt berbahaya dalam masa beberapa tahun.

Atas kesedaran itu, Sherry nekad untuk menurunkan berat badannya dan sangat komited untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat sejak tiga bulan lalu dan beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram.

“Sebelum ini saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan doktor selalu cakap saya ada tiga tahun sahaja untuk jaga kesihatan.

“Bukan untuk mat1… tapi untuk mengelak daripada sebarang penyak1t. Alhamdulillah, saya dah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram dalam masa tiga bulan.

Saya bersenam dan jaga permakanan ini pun bukan nak kurus semata-mata tapi untuk sentiasa sihat dan cergas,” kata Sherry.

Sebelum ini berat badan Sherry adalah 119 kilogram dan kini dia menurun kepada 108 kilogram. Bertambah semangat atas penurunan berat badannya itu, Sherry menyasarkan untuk menurunkan beratnya kepada bawah 100 kilogram dalam tempoh dua bulan lagi.

Kata Sherry, aspek yang paling sukar untuk dia lalui sepanjang tempoh penurunan berat badan adalah terpaksa menahan n@fsu terhadap makanan kegemarannya dan Sherry juga meluangkan pusat kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Jangan Sherry seksa diri untuk kurus ya. Apa-apa pun semoga Sherry senantiasa sihat wal-afiat, aamiin! 

 

Sumber : mStar via Hangat/Gengjoyah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

 

Kredit  : CT

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*