Kita Bermazhabkan Imam Syafie..Namun Tahukah Kita Bagaimana Kisah kewafatan Imam Syafie yang Amat Menyedihkan…

Kisah kewafatan Imam kita, Imam Syafie yang amat menyedihkan kita semua…

Hari ini saya akan kongsikan kisah kematian Imam Syafie yang diceritakan oleh Dr Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Imam Syafie men1nggal pada usia muda ya, iaitu sekitar umur 54 tahun. Kalau nak ikutkan pada zaman sekarang belum pencen lagi, tetapi sumbangan beliau kepada umat Islam tidak dapat disangkal lagi. Terlalu besar dan agung.

Beliau menghidap peny4kit buasir, bukan biasa-biasa peny4kit itu, tetapi agak kr1tikal sehingga dikatakan apabila dia bangun dari tempat duduk ceramahnya, maka kelihatan d4rah yang keluar seolah-olah seperti d4rah ha1d.

Semakin hari peny4kit Al-Imam semakin parah, maka anak murid beliau datang melawat beliau.

Anak muridnya bertanya khabar:

يا إمام، يا أبا عبد الله ، كيف أصبحت؟

Wahai Imam Aba Abdallah, bagaimana keadaaan Imam pagi ini?

Imam Syafie menjawab:

أصبحت من الدنيا راحلا

Aku pada pagi ini akan berkelana daripada dunia.

ومن الإخوان مفارقا

Akan berp1sah daripada kawan-kawan.

وإلى كأس المنية شاربا

Kepada segelas kem4tian aku akan hirup.

ولا أدري أمصيري إلى الجنة أم إلى النار

Dan aku tidak tahu nasibku akan ke syurga atau ke ner4ka.

Begitu tawadu’nya Imam Syafie walaupun sumbangan beliau tidak terhingga kepada agama, tetapi masih merendah diri sehingga ke tahap itu. Kita boleh ka sampai ke tahap itu? Sama-sama kita fikirkan.

Setelah beliau di k4fankan, beliau dibawa ke kuu bur. Tiba-tiba, ketika dalam perjalanan ke kuu bur, seorang perempuan telah menahan jen4zah beliau, dan meminta supaya dimasukkan ke dalam rumahnya terlebih dahulu.

Maka dibawa masuk ke dalam rumahnya itu, setelah selesai perempuan itu solat ke atas jen4zah Al-Imam, maka perjalanan diteruskan ke kuu bur.

Tahukah anda siapakah perempuan itu?

Perempuan itu adalah guru kepada Imam Asyafie, beliau adalah Sayyidah Nafisah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Bila ditanya kepada Sayyidah Nafisah bagaimanakah perwatakan Imam Syafie?

Maka Sayyidah Nafisah menjawab: “Beliau tidak akan batal wudhuk melainkan beliau akan berwudhuk”.

Maksudnya Imam Syafie memang sentiasa dalam keadaan berwudhuk, bukan macam kita ya, kita tak berwudhuk sebab takut membazir air boleh jadi.

Dua pengajaran daripada kisah ini yang kita patut ambil manfaat dan beramal:

1) Sentiasa merendah diri walau sehebat mana pun kita, kita tak hebat pun nak dibandingkan dengan Imam Syafie, kita perasan sahaja hebat.

2) Kita kena sentiasa berwuduk seperti amalan imam Syafie, barulah kita boleh menjadi hebat sepertinya. InsyaAllah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

 

 

Sumber : Islam Itu Indah

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*