Cara Mendapatkan Ketenangan Hati Yang Sebenar

Ketenangan hati itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sa kit, dicer ca dan difit nah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, AllahhuAkbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi :

1. Dimensi lidah (qauli),

2. Hati (qalbi) dan

3. Perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti den dam, khia nat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi kata, rasa dan tindakan

Jika seorang hamba yang berd0sa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapvskan catatan do sa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya.

Firman Allah maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapvskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”

(Surah At Tahrim ayat 8)

Firman Allah lagi:

“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri”

(Surah Al-Baqarah ayat 222).

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan . Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah menca ci, memfit nah dan menghi na kita? Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi d3ndam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Z1na, mengvmpat, mencvri, memfit nah dan lain-lain d0sa yang k3ji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan.

Rasa bertuhan.

Memahami maksud takdir.

Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Wallahu a’lam

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

 

 

Sumber : myinfomaya

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*