Makin Banyak Iri Hati Dan Dengk1, Semakin Banyak Rezeki Allah Tarik.

Iri hati dan hasad dengk1 adalah satu penyak1t hati yang perlu kita hindari. Penyak1t iri hati dan hasad dengk1 ini jika dibiarkan akan membuat hati seseorang itu terasa sempit dan jauh daripada mendapat ketenangan didalam hidup.

Menurut satu ceramah yang kami dengar sebelum ini, bagaimana kita mahu tahu hati kita ini mempunyai hasad dengk1 atau iri hati? Caranya adalah sangat mudah, apabila kita melihat kejayaan seseorang kita merasa sak1t hati.

Kedua ialah, apabila seseorang yang kita tidak suka itu menerima musib4h atau kemal4ngan, kita lah orang yang paling merasa gembira dengan khabar berita tersebut.

Berikut adalah perkongsian oleh Hajjah Rohana Saad.

Buanglah Rasa Iri Hati Dan Dengk1

Hidup jangan terlalu dengk1 dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada.

Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. Iri hati membuat kau sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih.

Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengk1. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki. Jangan iri dan dengk1 dengan kejayaan dan pencapaian orang lain, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi ALLAH saat ini.

Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengk1 dengan kejayaan orang lain. Sebab? Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!

Belajar Rasa Cukup

Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki.

Saat hati sempit, rasa benc1, rasa sak1t hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. ALLAH janji penyembuh dari segala penyak1t hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat ALLAH. Hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang.

Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengk1.

Semakin kau iri dan dengk1, semakin banyak ALLAH tarik kau punya rezeki. Sedangkan jika kau bersyukur, pasti ALLAH melipat gandakan rezeki kau lagi. Perasaan yang paling bah4ya adalah iri dan dengk1, kerana ia melahirkan kebenc1an. Dan kebenc1an akan membnoh kau perlahan.

Jangan Iri Hati Dan Dengk1

Iri hati dan dengk1 adalah penyak1t hati yang mampu memp0rak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengk1, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri. Jadi bersyukurlah.

Iri hati dan dengk1 menghpus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tek4nan dan kekecewaan. Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sak1t. Dan segerakanlah ubati sebelum hati m4ti. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.

Hati-hati Dengan Hasad Dengk1

Hati-hati dengan penyak1t iri hati dan hasad dengk1 ini. Hal ini kerana, menurut seorang ustaz, jika dibiarkan sifat ini didalam hati, ia akan menhpuskan amalan-amalan yang telah dilakukan sebelum ini yang akhirnya dikhuatiri kita akan muflis di akhirat kerana hilangnya pahala amalan.

Cara Mengubati Penyak1t Hasad Dengk1 dan Iri Hati

Antara cara yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan rasa iri hati dan hasad dengk1 ini adalah dengan mel4wan perasaan tersebut,dan jangan mengiyakan bisikan iri hati. Selain itu, apabila kita melihat seseorang mempunyai kelebihan dan kejayaan dan timbul perasaan iri hati didalam hati, segera lah istighfar dan mendoakan lagi kejayaan kepada orang tersebut.

Contohnya kita melihat perniagaan Ali bertambah maju sekarang. Muncul iri hati dan dengk1 dalam hati. Maka ketika itu berdoalah ” Ya Allah, Kau tambahkan kemajuan dalam perniagaan Ali dan limpahkanlah kekayaan sehingga 7 keturunan”. Semoga dengan doa begitu akan mengelakkan kita daripada bersifat dengk1 serta mampu menidakkan bisikan sya1tan didalam hati.

Video :

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

 

 

Sumber : Real Merah

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*