Isteri Setia Adalah Isteri Yang Boleh Terima Suami Tidur Berdengkur

Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Jika seseorang itu berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan. Getaran tisu pada bahagian kerongkong menyebabkan bunyi dengkuran itu muncul. Sebagai seorang isteri, majoriti memang sentiasa sabar dengan bunyi dengkuran si suami setiap malam kan. Anda memang tabah dan setia, namun harus diingat, dengkuran ini boleh membawa m4ut jika terus dibiarkan.

Kira-kira 50 peratus individu berdengkur dan ia dianggap perkara biasa. Namun apabila mengganggu tidur orang lain dan juga menyebabkan kualiti tidur terganggu, itu menandakan individu berkenaan memerlukan r4watan bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya.

Ramai tidak tahu berdengkur mengakibatkan seseorang tidak mendapat kualiti tidur yang diinginkan. Ketika berdengkur badan sebenarnya tidak mendapat rehat secukupnya. Akibatnya mereka mudah mengantuk pada siang hari, kerap tidur, kelihatan tidak bermaya dan tidak boleh fokus pada kerja.

Punca berdengkur

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu berdengkur. Selain masalah sinus, perbezaan anatomi struktur mulut menjadi punca kepada tahap dengkuran seseorang. Berdengkur juga kerap dialami mereka yang minum alk0hol, alahan pada cuaca sejuk dan mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Apabila lelangit lembut dalam keadaan tebal dan rendah serta mempunyai tonsil yang terlalu besar, ia menyebabkan tekak menjadi kecil pada bahagian belakang. Keadaan ini menyebabkan getaran berlaku sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

Bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan bunyi dengkuran terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain. Begitu juga mereka yang minum minuman beralk0hol sebelum tidur akan menyebabkan otot bergetar dan menghasilkan bunyi dengkuran.

Berdengkur boleh dialami sesiapa sahaja sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berdengkur boleh menjadi tanda masalah tonsil.

Oleh itu kanak-kanak yang kr0nik berdengkur perlu diperiksa oleh otolaringologis, yang boleh mencadangkan tonsilektomi untuk mengembalikan kanak-kanak itu kepada kesihatan yang normal.

Raw4tan untuk dengkur

Dengkuran yang serius perlu dir4wat kerana ia boleh membah4yakan kesihatan dan menyebabkan komplikasi seperti tek4nan d4rah tinggi, penyak1t jantung, strok dan aritmia (denyutan jantung tidak teratur).

Bagi individu yang tidak mendapat tidur berkualiti, mereka mudah mengantuk pada waktu siang, sak1t kepala pada sebelah pagi, keletihan, cepat marah dan mengalami g4ngguan konsentrasi.

Terdapat r4watan laser Fotona iaitu laser intraoral bagi mengurangkan dengkuran dengan berkesan. Ia pilihan yang tepat kerana r4watan ini tidak menyak1tkan dan tidak membabitkan ris1ko pembed4han. Sebelum melakukan r4watan keadaan pesak1t akan diperiksa terlebih dahulu. Selepas itu sejenis alat akan diletakkan di dalam mulut pesakit dan menerusi cahaya laser ia akan membuka saluran pernafasan farinks yang sempit di satu bahagian hidung, mulut dan tekak.

Untuk menyelesaikan masalah berdengkur, laser Fotona akan meningkatkan saiz saluran udara dan mengurangkan pergolakan tisu sehingga bunyi dengkuran tidak lagi kedengaran.

Rawatan Fotona menggunakan kaedah laser lembut yang memanaskan tisu di belakang tekak untuk membolehkan udara mengalir dengan lebih bebas. Laser ini mempunyai kesan pengetatan disebabkan pengecutan kolagen dalam tisu mukosa mulut.

Apabila tisu lembut farinks mengecut, saluran udara mengembang dan getaran tisu lembut farinks terhenti. Ia dapat mengurangkan kesan apnea tidur dan amplitud dengkuran. Mereka yang mempunyai masalah dengkur perlu menjalani tiga sesi r4watan berasingan dalam tempoh enam minggu bagi mendapatkan kesan yang optimum. Hasilnya bertahan sehingga setahun dan terapi boleh diulang selepas itu.

Penyelidikan membuktikan laser Fotona berupaya mengurangkan intensiti dan tempoh dengkuran. Pesak1t akan mendapatinya mereka lebih selesa dan nyenyak. R4watan ini juga tidak menyakitkan, mudah dan selamat. Tiada masa pemulihan dan pesak1t tidak perlu memakai alat ketika tidur. Apa yang penting selepas r4watan pesak1t dinasihatkan minum banyak air bagi mengurangkan rasa kering.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

 

 

Sumber : Pesona Pengantin

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*