Ahli Farmasi Ini Kongsi Cara Yang Betul Untuk Simpan Ub4t Yang Ramai Orang Tidak Tahu!

Tidak dinafikan pelbagai ragam orang simpan ub4t dan yang paling popular, simpan ub4t dalam peti sejuk. Namun adakah cara anda menyimpan ub4t itu betul dan selamat?

Bagi memastikan ub4t yang anda dapat simpan tak rosak, ikuti perkongsian daripada seorang ahli farmasi bernama Faiz Akmal Mfa ini. Semoga penerangan ini akan memberi anda panduan untuk menyimpan ub4t dengan cara yang betul.

TAHU TAK KITA MACAM MANA NAK SIMPAN UB4T SEBENARNYA?

Seringkali bila abam farmasis dan pasukan klinik pergi buat lawatan ke rumah pesak1t, macam2 ragam yang kami jumpa. (Dua gambar di bawah ini sebagai contohnya)

1. Ada yang suka simpan ub4t dalam peti sejuk. Alasannya, ub4t boleh tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk.

2. Ada yang suka simpan ub4t di dapur. Alasannya, senang nak makan ub4t dan teguk air masak. Sekali jalan.

3. Ada yang suka campur2 ub4t dalam satu bekas yang sama. Alasannya, senang boleh ngap ub4t sekali gus.

4. Ada yang suka simpan ub4t dalam kereta. Alasannya, senang nak balik kampung, tak lupa dah pasal ub4t.

Meh abam ajar…

Lepas kita semua dapat ub4t di kaunter farmasi, tak kisah lah sama ada kita dapat free ataupun selepas membeli ub4t, benda pertama yang kita buat adalah BAWA BALIK UB4T dan CARI TEMPAT SIMPAN UB4T.

1. Kebiasaannya ub4t2 yang kita dapat adalah dalam bungkusan kotak asal. Di dalam kotak itu, biasanya ada pamphlet atau risalah kecil ub4t. Haaa, JANGAN BUANG! Bukak dan BACA.

2. Cari ayat yang bertulis ‘Cara Simpanan Ub4t’ atau dalam bahasa omputih nya, ‘How To Store Or Kept Medicines’.

3. Biasanya kita akan perasan ayat2 macam ini, “Sila Simpan Ub4t Di Suhu Bilik”, atau “Sila Simpan Ub4t Di Suhu 2-8 Darjah Selsius”, atau “Jauhkan Ub4t Dari Cahaya, Bahang, dan Kanak2”. Lebih kurang macam gitulah ayatnya.

4. Sebenarnya, kalau anda dapat ub4t, walaupun tak ada pamphlet, tapi di SAMPUL UB4T anda atau STIKER LABEL ub4t anda juga dah tertulis sebenarnya ayat2 ‘Cara Simpan Ub4t’ itu. Tinggal kita baca tak baca saja.

Okay, sampai sini, korang dah faham kan?

Meh abam sambung…

1. Kalau ayatnya tu suruh simpan ub4t di suhu 2-8 darjah Selsius,

– Maknanya, anda perlu simpan ub4t di dalam PETI SEJUK (bahagian RAK TENGAH sahaja), BUKAN di pintu peti sejuk, BUKAN di freezer.
– Contoh ub4t yang disimpan di peti sejuk adalah INSULIN yang BELUM DIBUKA.
– JANGAN SIMPAN ub4t2 PIL, KAPSUL, TABLET dalam peti sejuk. Mereka takkan tahan lama sebab mereka akan cepat LEMBAP, BASAH, dan ROSAK!

2. Kalau ayatnya tu suruh simpan ub4t di suhu BILIK,

– Maknanya, anda perlu simpan ub4t memadai di dalam rumah, dengan syarat JAUH DARI CAHAYA, BAHANG, KELEMBAPAN, dan KANAK2.
– JANGAN simpan ub4t di dalam peti sejuk, kereta, bilik air, bilik mandi.

INGAT!

– JANGAN campur semua ub4t dalam bekas yang sama. Lagi2 kalau ub4t tu ub4t makan bercampur dengan ub4t2 kegunaan luaran. Mak2 suka simpan ub4t demam budak bercampur dengan ub4t losyen dan cuci luka kan. JANGAN! Nanti kalau kita panik, boleh tersalah ambik ub4t!

– JANGAN simpan ub4t melebihi tarikh luput. Rajin2lah check tarikh luput ub4t anda.

Semoga membantu. 💪😊

Sekian,
Faiz Akmal Mfa,
Farmasis Kaunseling,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

 

 

Sumber : Maskulin

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*