Cara Buat Nuget Ayam Tempura Homemade Tanpa Guna MSG

Sedapnya Nuget Ayam Tempura homemade perkongsian saudari Noor Liyana ni. Malah bila buat sendiri ni, khasiatnya tentulah lebih berbanding nuget sejukbeku yang dibeli di pasaraya. Kini, anda boleh hasilkan sendiri kudapan untuk anak-anak dan keluarga. Lebih bersih, lebih jimat , tiada MSG dan dijamin halal.

NUGET AYAM TEMPURA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 700gm isi dada ayam | potong kecil
  • 2 biji telur
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah saiz sederhana
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 3 sudu makan tepung ubi kayu
  • Garam dan perasa ( jika suka) secukupnya
  • Tepung goreng serbaguna secukupnya
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

1. Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)

   

2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.

3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.

4. Setelah masak, keluarkan kek nuget tadi dari loyang.

5. Potong kek nuget mengikut saiz yang digemari.

6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nuget boleh disalut dengan sekata.

7. Celupkan nuget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.

8. Selain goreng, nugget juga boleh di gril.

9. Sedia untuk dinikmati.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber Kredit resipi & foto: Noor Liyana

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*