Tips Untuk Meraih Kenikmatan Khusyuk Dalam Solat

Solat merupakan amalan pertama yang dihi sab di akhirat kelak. Jika baik solatnya, Inshaa Allah selamat saat pengadilan, semoga Allah SWT pilih kita.

Seseorang yang memperbaiki kualiti solatnya maka dia telah membaiki kualiti kehidupannya. Solat merupakan anugerah Allah SWT kepada h4mbaNya.

Solat dianugerahkan kepada Rasullulah SAW semasa peristiwa Israk Mikhraj sewaktu Rasullulah SAW bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha.

Hadiah ini diberikan di saat Rasullulah SAW mengalami pelbagai ujian dan kesedihan saat menjalankan tugas kerasulannya.

Salah satu tanda cinta Allah SWT kepada h4mbaNya dengan mengfardhukan solat 5 waktu. Rasullulah SAW bersabda;

“Dua lelaki umatku berdiri solat. Rukuk dan sujudnya satu (sama). Tetapi solat kedua-duanya antara langit dan bumi”

Perbezaan yang dimaksudkan oleh baginda SAW adalah khusyuk. Khusyuk merupakan kunci agar kita tidak tergolong dalam kumpulan yang disebut Allah SWT dalam Surah Al Maun: 4-6 iaitu orang solat yang celaka yakni lalai dalam solatnya.

Sebaik sahaja mengangkat takbir, terus teringat pelbagai perkara. Benda yang terlupa kini diingati. Pelbagai perancangan tersusun indah dalam kepala.

Idea yang kononnya bernas terbayang-bayang di mata. Akhirnya yang dilakukan cuma pergerakan solat, namun isinya kosong. Pernah bukan kita mengalami keadaan ini?

Jangan bimbang anda tidak berkeseorangan. Menyedari bahawa kualiti solat kita perlu diperbaiki merupakan langkah pertama memperbaiki kehidupan.

Bersyukurlah kerana masih ramai yang beranggapan solat mereka “OK” walaupun hakikatnya “KO”. Yakinlah bahawa Allah SWT tidak melihat hasil, Allah SWT melihat sejauh mana h4mbaNya berusaha menunaikan suruhanNya sesempurna mungkin.

Berikut 5 tips untuk diamalkan bagi meningkatkan khusyuk dalam solat;

#1 – Bersedia 15 Minit Lebih Awal

Pelbagai aplikasi waktu solat boleh kita pilih sebagai panduan seperti Muslim Pro. Ia dapat memberikan makluman awal 15 minit sebelum waktu solat.

Dalam tempoh 15 minit ini, kosongkan minda dan pasak niat untuk solat di awal waktu. Untuk berjumpa “big bos” di pejabat juga perlukan persiapan awal. Inikan pula untuk “bercakap” dengan Allah SWT, Pencipta kita.

Perbanyakkan istighfar sekurang-kurangnya 100 kali. Bahagikan kepada 5 kali waktu solat, bermakna minima 20 kali istighfar sebelum mula solat.

Cuba amalkan Terapi Istighfar seperti berikut;

#1- Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan sebanyak 3 kali;

#2- Lafazkan di bibir dan hayati di hati (20 kali);

“Astaghfirullah Wa Atu Buillahih”

Aku memohon keampunanMu Ya Allah dan aku bertaubat kepadaMu

#3- Nyatakan d0sa-d0sa kita dengan jelas. Ia satu cara mengikhlaskan hati bahawa pengampunan yang dipohon bukan sekadar di bibir. Sebaliknya penyesalan sebenar.

#2 – Melazimi Solat Sunat Taubat

Lakukanlah minima 2 rakaat setiap hari, pada bila-bila masa kecuali waktu diharamkan untuk bersolat.

Mengapa perlu solat taubat lagi jika telah beristighfar? Akuilah bahawa kita sememangnya pend0sa. Solat sunat taubat dapat menampung kekurangan dalam kita beristighfar.

#3 – Hadirkan Dalam Hati Pengakuan

Tanamkan di dalam hati “Tiada Tuhan Selain Allah” sewaktu melafazkan kalimah Toyyibah “La Illa haill Allah”. Ia kalimah agung yang paling berat sewaktu timbangan mizan.

Allah Maha Pengampun namun Allah tidak mengampunkan d0sa mensy1rikkan Allah. Sy1rik besar in sha Allah kita tidak melakukannya. Namun ramai memandang remeh sy1rik kecil.

Sy1rik kecil termasuk sy1rik khafi yang berkaitan dengan niat/keinginan kita. Antaranya perasaan r1ak, ujvb dan sum’ah. Kita sujud secara fizikal, namun hati kita tidak sujud bersama disebabkan sy1rik kecil,

Bagaimana kita mahu khusyuk jika hati masih tiada rasa keh4mbaan. Tinggalkan segala gelaran dunia, sedarlah kita h4mba Allah. Semoga ia dapat mendidik hati untuk turut sujud bersama-sama;

#4 – Menjauhi Perkara Maks1at

Maks1at adalah perbuatan yang bertentangan dengan hvkum moral dan perintah Allah. Maks1at memberi kenikmatan kepada hawa nafsv dan mel4laikan. Ia mengakibatkan ketag1han untuk mengulanginya.

Contohnya maks1at mata dengan menonton p0rno sehingga ketag1han. Maks1at melemahkan iman. Berikut teknik untuk menjauhi maks1at;

#1- Sentiasa mengingati m4ti. M4ti itu pemutus segala kelazatan dunia. Ia dapat menghindarkan kita daripada tergel1ncir ke lembah maks1at.

Mavt datang bila-bila masa, mahukah kita m4ti dalam keadaan sedang leka melakukan maks1at?

#2- Cuba bayangkan jika Allah buka aib kita yakni menunjukkan kepada semua tentang maks1at yang kita lakukan.

Ketahuilah bahawa kita nampak baik kerana Allah menutup a1b kita. Jika tidak, pasti tiada manusia atau makhluk Allah yang mahu mendekati kita kerana “bvsuknya” maks1at yang kita lakukan sewaktu bersendirian

#3- Membayangkan bagaimana jika maks1at yang kita lakukan itu dilakukan oleh orang lain terhadap ahli keluarga yang kita sayangi.
Contohnya jika kita suka mencvri, bagaimana perasaan kita jika barang kita atau ahli keluarga kita pula dicvri?

#5 – Memohon Kepada Allah Agar Direzekikan Khusyuk

Khusyuk dalam solat itu satu rezeki. Ia diperoleh melalui usaha berterusan dengan mujahadah. Mulakan usaha dengan;

#1- Memahami maksud bacaan dalam solat. Kini pelbagai teknik telah dikongsi termasuk usaha

Tuan Mohd Razali Kamarudin membukukan “Teknik 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat” terbitan Faqih Media.

#2- Memperbaiki kualiti solat melalui kursus, seminar mahupun melalui pembacaan. Antara buku yang dicadangkan adalah “Formula Solat Sempurna (Edisi Kemaskini) oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

#3- Membetulkan pergerakan dalam solat sehingga memberi impak postif kepada kesihatan. Ia dapat dipelajari melalui Seminar Terapi Solat oleh Ir Prof. Dr Fatimah Ibrahim, Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM.

Beliau juga mengendalikan klinik Terapi Solat dan Audit Solat. Buku-buku berkaitan kesan pergerakan solat kepada tubuh manusia turut dihasilkan oleh beliau.

Semoga perkongsian ini dapat diamalkan bersama dan ingatlah bahawa Allah melihat usaha dan kesungguhan kita untuk meraih cinta dan redaNya dalam meraih kenikmatan khusyuk dalam solat.

Video :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

 

 

Sumber : Islam Itu Indah

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*