10,000 Gamat Stadium! Tiada Ganti, Siti Nurhaliza Satu Dalam Sejuta!

Tiada kata-kata yang mampu diungkap tatkala menjadi satu dalam puluhan ribu mereka yang hadir menyaksikan konsert mega, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Axiata Arena, malam tadi.

Kehebatan dan keunggulan penyanyi nombor satu negara ini ternyata masih utuh dan belum terganti. Dia satu dalam sejuta, membuktikan aura dan populairiti kekal unggul dalam liga tersendiri.

Dihadiri 10,000 peminat, konsert ketiga selepas Indonesia dan Singapura dimulakan dengan segmen tradisional yang menyaksikan Siti Nurhaliza tampil anggun dengan busana emas sentuhan Rizman Ruzaini.

Membuka tirai dengan medley lagu Badarsila, Joget Berhibur dan Joget Kasih Tak Sudah, gema suara peminat memenuhi ruang stadium. Keterujaan mereka terpancar sama sekali apabila rata-rata peminat yang hadir turut menari dan bergembira bersama.

Usai persembahan pertama, ibu kepada Siti Aafiyah ini meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada puluhan ribu peminat yang sanggup berhabis wang ringgit untuk hadir menyaksikan konsert pertama selepas dua tahun.

“Jujur, saya hampir sahaja menitiskan air mata sebelum naik ke pentas. Apabila mendengar suara anda semua yang bergema, jiwa saya rapuh dan sebak. Saya cukup terharu dengan sokongan dan pengorbanan anda semua. Terima kasih, terima kasih semua,” ujarnya dengan nada sebak menahan air mata daripada tumpah di atas pentas.

Meneruskan konsert, Siti Nurhaliza menyanyi empat buah lagu, Nirmala, Balqis, Hati Kama dan semestinya mahakarya, Cindai sempena tribute kepada komposer, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah yang telah banyak memberi jasa kepada penyanyi itu dalam muzik tradisional.

Tidak hanya itu, Siti Nurhaliza yang tampil mega berbusana indah berwarna merah hasil ciptaan pereka fesyen Fizi Woo juga memberi penghormatan kepada seorang lagi komposer, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan dengan menyanyikan tiga buah lagu mahakarya komposer terkenal itu, Jerat Percintaan, Jawapan Di Persimpangan dan Wajah Kekasih.

Vokal yang cukup hebat ditambah dengan emosi yang menusuk dalam setiap jiwa yang hadir benar-benar menjadikan Konsert Siti Nurhaliza On Tour ini cukup istimewa. Bagaikan berada dalam kayangan, suara merdu dan lunak Siti Nurhaliza terus memenuhi ruang stadium dengan menyanyi beberapa lagi lagu dari Album Transkripsi.

Konsert mega itu diteruskan dengan penampilan istimewa penyanyi popular Indonesia, Tulus yang tampil berduet dengan Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Seindah Biasa sebelum mengambil alih pentas mendendangkan dua buah lagu, Sewindu dan Jangan Cintai Aku Apa Adanya.

Tampil semula di atas pentas, penyanyi yang mencipta rekod tersendiri dengan 25 album sepanjang hampir 25 tahun dalam industri seni menyanyikan tiga buah lagu, Siti Situ Sana Sini, Engkau Bagaikan Permata dan Indah Percintaan dalam segmen moden. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hadir. Tonton. Resap. Rasa. . Tiada kata. ❤️

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Usai persembahan, Siti Nurhaliza menggamatkan Axiata Arena apabila memanggil anaknya, Aafiyah dengan cara paling comel. Satu stadium bergema kuat! Itulah kehebatan dan aura seorang anak seni yang kekal sebagai permata seni tiada ganti.

Meneruskan konsert dengan segmen unplugged, Siti Nurhaliza menyanyikan enam buah lagu antaranya Comel Pipi Merah, Percayalah dan Purnama Merindu yang merupakan lagu paling ditunggu-tunggu peminat!

Tampil menyanyikan lagu Anta Permana yang tular, Siti Nurhaliza meneruskan konsert dengan memberi penghargaan dan tanda kasih sayang tidak terhingga kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dengan menyanyi tiga buah lagu, Jaga Dia Untukku, Destinasi Cinta dan Lebih Indah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Inilah malamnya #SitiNurhalizaOnTour! Menuju ke destinasi yeah yeah! Tq @sultanmuzaffar buat #throwback pagi ni.. Berderau lak darah kita fikir malam ni..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Menutup tirai konsert, Siti Nurhaliza kembali di atas pentas menyanyikan lagu Bersandar Pada Cinta yang mengundang rasa terharu dan sebak dalam kalangan peminat yang hadir. Lagu cukup bermakna itu juga menjadikan Siti Nuhaliza menahan emosi kerana terharu dengan pengorbanan dan sokongan peminatnya selama ini.

Semestinya, setiap jiwa yang hadir ke konsert mega Siti Nurhaliza akan pulang dengan senyuman beserta kenangan terindah yang tidak akan pernah lupus dalam benak fikiran. Tiada hati yang kecewa malah apa yang ada hanyalah rasa puas tidak terhingga. Kudos kepada semua kru produksi Konsert Siti Nurhaliza On Tour, anda memang hebat! 

VIDEO :

Persembahan epik di Konsert Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena malam tadi, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mempersembahkan lagu “Jaga Dia Untukku”, khas untuk mengenang kembali peristiwa Datuk K ketika kemalangan di New Zealand dahulu. Sebak!

Posted by Rojak Daily on Saturday, March 16, 2019

dah macam tengok bola malam ni 🤩# Konsert Siti Nurhaliza On Tour @ Axiata Arena Bukit Jalil

Posted by Cikgu Muhamad Rahmat Esahah on Saturday, March 16, 2019

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber  : MHE TV

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*