“Budak Ni Kena Keluar Juga Jumpa Umi & Daddy Dia,”- Shakilla Khoriri Selamat Lahir Bayi Perempuan, Ameena Sofia Nama Diberi

Pelakon Shakilla Khoriri telah selamat melahirkan bayi sulungnya jam 11:20 pagi semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Shakilla di Instagram miliknya.

“Semalam 14 March 2019, Jam 11.20am , budak ni kena keluar juga jumpa Umi & Daddy dia.
Alhamdulillah.
Semua berjalan lancar seperti plan doctor dan kami berdua..

“Syukur.
Anak sihat.
Betul lah orang kata, hilang rasa sakit lagi2 bila tengok muka anak.
Allahuakbar.
Terima Kasih Allah,” tulis Shakilla.

Tambah menarik, apabila Shakilla telah menubuhkan Instagram anak sulungnya, Ameena Sofia.

 

Dalam pada itu, Fizi juga berkongsi momen indah itu di Instagramnya.

“Alhamdulillah..setelah dua hari baru dapat cium @ameenasofia_ ..masa awak keluar dari perut umi tu daddy rasa sebak sangat..lepas ni tanggungjawab daddy akan jadi lagi besar..

“Macam mana nak membesarkan awak..macam mana hidup kita nanti..apa2 pun kita akan hadap sama2 yea..love you ameena,” tulis Fizi.

Apa-apa pun tahniah MH ucapkan buat Shakilla dan suami, Fizi Ali yang telah selamat menimang cahaya mata sulung!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#💋• . Kata orang setahun tu sekejap. Baru. Masih mentah. Intro untuk dunia yang advanture. . Tapi bagi aku TAK ! . Sehari kalau kau manfaatkan masa tu dengan perkara2 indah pun akan jadi satu waktu yang panjang. Inikan pulak tahun. . . Hari ni 18 February 2019. Genap setahun aku jadi Isteri orang. Orang yang aku tak pernah terfikir dan tak ada dalam list calon suami pun ketika ITU. . Tapi peraturan Allah sentiasa cantik dan kemas untuk kita. Kalau ikut kan list pilihan suami aku, agak aku dah dok ICU sebab kritikal penyakit HATI. Mungkin jugak turun naik mahkamah sebab suami otak gila yang begitu dan begini. Atau mungkin aku juga dah jadi kain buruk sebab selalu disepak terajang. Mungkin 😅 . . Lelaki asing yang aku cuba untuk larikan diri dulu , sekarang jadi lelaki paling penting dalam hidup aku. Yang aku PERLU tengok muka dan bercakap dengan dia kalau boleh setiap saat. Hebat permainan Allah. . Aku tak minta apa dah selain Allah jaga hati aku dengan Fizi dan berkati hubungan ni sampai ke hujung nyawa. Jadikan Fizi suami dan Bapak yang baik dan kayakan dia supaya aku boleh buat kuku sambil shopping dengan senang lenang setiap hari dengan anak aku lepas ni tanpa fikir pasal kerja 🤪😋🤣 . . To my dear Husband, ucapan panjang di whatsapp, ucapan ringan dan sesuai dibaca oleh umum.. . Terima kasih menjadi suami dan kawan yang baik sepanjang perkenalan dan sepanjang setahun ni. Pannnnjaaanggggg lagi tahun untuk kita sama2 kekal kan yang baik2 ni. Insyallah kita BOLOS aja apa yang ada depan mata asalkan kita bahagia dan berjaya. . . Hmm….YES…. I love you @fiziali_ 💋 . . #18218 #FAxSK

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Foto: IG Shakilla, Fizi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber  : Media Hiburan

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*