Ayden Mikael Si Cilik Popular Dalam Drama Pujaan Hati Kanda Mix 5 Kacukan Rupanya Patutlah Comel Gebu

Ayden anak yang baik dan mudah dijaga. Demikian kata mommy dan daddynya. Ikuti perkongsian eksklusif ini.

Si cilik popular ini mula berlakon dalam drama popular tersebut dari usia 5 bulan lebih. Kata ibunya, dari Ayden tiada gigi hingga tumbuh 2 batang gigi!

ANTARA 10 BAYI YANG UJI BAKAT, AYDEN TERPILIH BAWA WATAK IQY

Anak sulung pasangan Kim Anna Abdullah & Mohd Zainuddin Azhar ini rupanya antara 10 bayi yang menghadiri sesi uji bakat yang diadakan beberapa hari sebelum penggambaran drama 28 episod itu.

“Sebenarnya pihak produksi mahukan pelakon kanak-kanak perempuan kerana wataknya ialah watak bayi perempuan. Malah 9 lagi bayi yang hadir uji bakat ialah bayi perempuan. Kami hanya mencuba nasib tak sangka Ayden terpilih,” kata Anna.

SANGAT BEHAVE SEMASA PENGGAMBARAN

Semasa sesi penggambaran drama selama lebih 3 bulan iaitu dari 10 Oktober 2018 hingga 24 Disember 2018, anak kecil ini sangat behave dan tidak mudah meng4muk. Malah kata ibunya, Ayden tidak banyak mer4gam ketika di set penggambaran drama. Apabila shooting di luar bangunan, Ayden banyak menerokai suasana sekeliling. Malah kru juga banyak bermain dan agah-agah Ayden, jadi dia tidak bosan.

“Ayden banyak meneroka dan terleka. Misalnya bila masuk set, dia akan perhatikan peralatan di set penggambaran. Even cadar yang bercorak pun dia akan cuba pegang,” kata Anna.

Ketika penggambaran di Teluk Intan yang memakan masa 14 hari, Ayden tiada mas4lah. Selalunya ketika penggambaran seharian, akan ada break selama 4 hingga 5 jam jadi Ayden mendapat cukup rehat.

“Malah dalam scene Pali menampar Tiara (Mira Filzah), Ayden sedang tidur sebenarnya! Kalau nak tahu yang tidurkan Ayden ialah Pali lah (Syazwan Zulkifli),” kata mommy Ayden.

RAMAI PANGGIL AYDEN DENGAN NAMA IQY

Bayi berkulit putih gebu ini rupanya mempunyai d4r4h kacukan lima bangsa iaitu Cambodia, Vietnam & Cina dari sebelah ibunya manakala bapanya pula Indonesia dan Portugal.

Penangan populariti melalui drama Pujaan Hati Kanda, Ayden meniti di bibir para peminat. Kata ibunya yang mengendalikan Instagram Ayden, dia menerima lebih 1,000 DM sehari. Kini kalau keluar ramai yang mula memanggil Ayden dengan panggilan Iqy!

Sebagai ibu, Anna berharap Ayden akan menjadi anak yang taat kepada agama & ibu bapa. “Saya tidak mengh4lang sekiranya Ayden hendak menjadi pelakon, mommy daddy akan p4ntau selalu. Pemilihan watak yang sesuai dan paling penting, dia tidak ketinggalan momen pembesarannya dan boleh bermain seperti kanak-kanak yang lain.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: majalahpama

Bagi yang mengikuti drama Pujaan Hati Kanda, pastinya akan tertarik dengan watak seorang bayi lelaki yang comel dan gebu.Di beri nama Ayden Mikael Mohd Zainuddin, bayi berusia 8 bulan setengah ini mula menjadi bualan ramai kerana cukup sporting dan begitu beri kerjasama sepanjang lakonan tersebut hingga berjaya mencuri hati peminat setia drama ini.

Baby Iqy dalam drama Pujaan Hati Kanda ni memang comel, geram min tengok pipi dia..gebu macam pau dah…hehehe. Kepada mereka yang mengikuti siri drama Pujaan Hati Kanda, pastinya akan tertarik dengan watak seorang bayi comel. Menerusi drama berkenaan, bayi tersebut dijumpai Megat Danish, lakonan Remy Ishak ketika mahu melangsungkan perkahwinan. Diberi nama Ayden Mikael, bayi berusia lingkungan 5-7 bulan itu mulai menjadi perhatian ramai dek kecomelannya itu.

Berkesempatan bertanya pada ibunya, Anna Abdullah Kim, Ayden Mikael ini sememangnya anak yang sangat friendly dengan semua orang. Dari dia kecil hingga sekarang dia senang dijaga dan tak meragam.

“Jumpalah dengan orang yang tak dikenali pun, dia mudah senyum dan tak takut orang.
“Jika orang tanya apa yang istimewanya Ayden Mikael ini, bagi saya perkembangan sama seperti bayi lain. Cuma mungkin rezeki saya dapat anak yang mudah dijaga dan rezeki dia juga bila orang tengok terus sukakannya walaupun pertama kali berjumpa,” kata Anna

Pertama kali berlakon.

Menurut Anna, lakonan Ayden Mikael dalam drama Pujaan Hati Kanda adalah perkara baru buatnya sekeluarga.“Tak terlintas pun sebenarnya untuk ketengahkan Ayden Mikael di kaca televisyen tetapi bila saudara mara dan rakan-rakan mencadangkan untuk saya cuba nasib, alhamdulillah berjaya.

“Dari 10 bayi yang disenarai pendek, 9 darinya adalah perempuan dan Ayden Mikael satu-satunya lelaki. Memang langsung tak jangka dia terpilih. Kalau ikut skrip asal memang nak watak bayi perempuan.

Membesar seperti kanak-kanak lain.

Anna berkongsi, setelah Ayden keluar di kaca televisyen, diakui ramai yang sukakannya. Soalan biasa orang akan tanya, Ayden Mikael makan apa?“Sejujurnya tiada yang istimewa dari segi pemakanannya. Dia makan seperti bayi lain juga seperti bubur nasi, puri buah dan sayur.

“Saya juga bersyukur sepanjang penggambaraan tersebut, kesihatannya juga baik walaupun jadual lakonannya padat,” katanya.Jika ada lagi rezeki Ayden Mikael selepas ini, Anna menjelaskan dia dan suami akan melihat dulu keselesaan anaknya.Malah, para pelakon menerusi drama berkenaan juga turut tidak lepaskan peluang untuk merakam gambar bersamanya.

Ayden yang tampak selesa bergandingan bersama pelakon Mira Filza, menerusi drama yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 itu.Pada masa sama, ibu bapa Ayden yang dikenali sebagai Kim Anna dan Azhar juga sering berkongsi gambar menerusi Instagram anaknya itu.

Kalau situasinya tak membebankan anak, semua itu akan dipertimbangkan cuma saya dan suami tak mahu terlalu bawanya ke depan sehingga kehidupan sebagai kanak-kanak jadi terbatas.

Bagi yang nak tahu drama lakonan Ayden Mikael ini, dia adalah bayi yang dijumpai Megat Danish, lakonan Remy Ishak ketika mahu melangsungkan perkahwinan.Pujaan Hati Kanda merupakan sebuah drama adaptasi novel. Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 20 Disember 2018 dan dibintangi pelakon popular iaitu Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Azar Azmi dan Syazwan Zulkifly.

Malah, para pelakon menerusi drama berkenaan juga turut tidak lepaskan peluang untuk merakam gambar bersamanya.Ayden yang tampak selesa bergandingan bersama pelakon Mira Filza, menerusi drama yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 itu.Pada masa sama, ibu bapa Ayden yang dikenali sebagai Kim Anna dan Azhar juga sering berkongsi gambar menerusi Instagram anaknya itu.

Sinopsis drama pujaan hati kanda

Mengisahkan Danny, seorang playb0y yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran.

Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya.

Dalam kesuu litan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kemtian isteri.Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

Senarai Pelakon.

Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)

Mira Filzah sebagai Tiara,Sarah Hildebrand sebagai Nadine,Syazwan Zulkifly sebagai Pali, Elisya Sandha sebagai Reena,Mustaqim Bahadon sebagai Kashah.Azar Azmi sebagai Fatimah, Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub, Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah, Reen Rahim sebagai Suria, Taufiq Hanafi sebagai Naim dan Qazem Nor sebagai Rizman.

kt coretanmedia

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*