“Menangis…Bila Depan Mata Automatik Rasa Sebak, Hiba,” – Reaksi Nelydia Pertama Kali Tengok Kaabah

Pelakon Nelydia Senrose yang telah pun pulang dari melakukan umrah bersama keluarganya pada pertengahan Januari lalu tidak menafikan, berada selama beberapa minggu di tanah suci merupakan suatu pengalaman terindah.

Apatah lagi apabila berpeluang melihat kaabah di depan mata saat beribadah. Turut sama menyertai rombongan umrah ialah ahli keluarganya yang lain.

Berkongsi dengan lebih lanjut, bintang tersebut memberitahu dia rasa cukup tenang berada di sana.

“Rasa cukup tenang kalau ada sesiapa yang ada rezeki lebih, bolehlah ambil kesempatan yang ada untuk ke sana. Memang perasaan ketika di sana tidak boleh digambarkan. Berada di tanah suci tanpa fikir mengenai kerja bukan senang.

“Celik saja mata terus fikir untuk beribadat dan saya sendiri tertanya-tanya apa yang membuatkan ia tidak sama bila berada di sana. Semua orang ambil peluang untuk melakukan ibadat,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai perjalanan umrahnya di sana, Nelydia bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.

“Alhamdulillah, rezeki saya. Sangat senang meski ia pertama kali. Dipermudahkan meski pada awalnya rasa takut juga. Syukur semuanya berjalan lancar.

“Pertama kali melihat kaabah saya menangis. Perasaan tu tak boleh nak dijelaskan, sebab hanya kita yang rasa. Selama di tatap di gambar atau televisyen tetapi bila tengok depan mata, saiz dan bentuk yang sebenar saya rasa macam tak percaya.

“Automatik rasa sebak, hiba dan semangat itu lain,” kongsinya lagi yang turut gembira kerana dapat bersama-sama menunaikan umrah bersama keluarga tercinta.

“Allah bagi rezeki kami untuk sama-sama tunai umrah sebab sebelum ini kalau nak ke mana-mana pasti akan ada yang tidak berpeluang ikut serta. Namun kali ini, semuanya hati terbuka dan boleh beribadat bersama-sama,” akhiri Nelydia.

Sumber : MH

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*