Semakin Cantik! 4 Selebriti Ini Putuskan Berhijab di Tahun 2018

Berita mengenai artis Malaysia yang memutuskan untuk berhijab menjadi fenomena kebelakangan ini. Hingga akhir Disember 2018, ada empat artis popular yang rasmi berhijab.

Keputusan mereka berhijab kebiasaanya dapat dihidu menerusi posting foto mereka dalam akaun Instagram. Lebih menarik,  fesyen yang mereka kenakan pun tetap stylish dan simple, namun tetap mengikuti perkembangan zaman terkini.

Keempat artis ini juga sering mendapat pujian dan selalu didoakan oleh para netizen. Dari sini, mereka juga semakin aktif dalam perniagaan dan menjadi duta jenama. Hangat Malaysia telah menghimpun dari berbagai sumber, berikut 4 artis yang mengenakan hijab pada tahun 2018.

1 Siti Sarah Raissuddin berhijab selepas pulang dari menunaikan umrah bersama suami

Memutuskan untuk terus bertudung pada bulan Jun yang lepas, Siti Sarah terlihat sangat selesa dengan imej terbaharunya itu. Sarah turut memohon agar dirinya diberikan hidayah untuk terus kekal bertudung selepas ini. Pelbagai pujian dan doa diberikan oleh peminat untuk penyanyi kesayangan mereka ini.

2 Fouziah Gous Berhijab Selepas Pulang Dari Menunaikan Ibadat Haji

Pelakon Fouziah Gous memutuskan berhijab selepas bergelar hajah sebaik pulang dari menunaikan ibadat haji di Tanah Suci pada September yang lalu. Penampilan terbaharu wanita itu disedari peminat selepas melihat suaminya di akaun Instagram @zhafyusofmemuatnaik gambar penampilan bertudung saat mereka sedang berada di sebuah pantai peranginan.

3Norish Karman Akui Menyesal Lambat Berhijab

Pelakon Norish Karman akhirnya mengumumkan dia telah berhijab sepenuhnya pada 23 Februari lalu. Bekas penyampai berita sebuah stesen televisyen tempatan itu berkata, keputusannya berhijab dibuat apabila Allah mendengar doanya dan bapanya, Karman Sukarjo. Norish akui mengakui kesal lambat berhijab meskipun bapanya seorang tegas dalam bab pendidikan agama.

4Penggayaan Turban Buatkan Tini 3R Lebih Menawan

Sejak September yang lalu, bekas pengacara TV program remaja 3R, Tini atau nama sebenarnya Kartini Ariffin juga beberapa kali memuatnaik foto-foto mengenakan hijab. Berbeza dengan foto Tini yang lain, foto Tini mengenakan hijab paling banyak mendapat pujian dan komen positif dari peminatnya di Instagram.

Sumber: GengJoyah

Apa kata anda?

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*