Adik Beradik Terkenal Kini Berangkat Ke Tanah Suci

Jika dahulu, berita Uqasha Senrose yang dikongsikan kepada peminat bahawa dia sekeluarga bakal menunaikan umrah bersama-sama menjadi perhatian.

Namun terbaru, Uqasha mahupun Nelydia dan Raysha Rizrose telah berkongsi sekali lagi tentang keberangkatan mereka ke tanah suci sebentar tadi.

Leaving for umrah..

Salam Instagram friends..
Tidak sekadar berkongsi foto family di Insta Story, Rasya juga memohon maaf selain meminta agar rakan-rakan di Instagram turut mendoakan dia dan keluarga dapat menunaikan umrah dengan lancar.

Malah, menerusi Insta Story Rasya juga memberitahu impiannya kini menjadi nyata.

Doakan kami sekeluarga..
Manakala, Uqasha juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi perkembanganya bersama keluarga di Insta Story apabila dia juga pinta doa daripada netizen agar urusan umrah bersama keluarganya itu dipermudahkan.

Perkembangan lain.. Bertukar ramai kekasih… Uqasha Senrose pun bimbang. Uqasha selesa berkawan dengan Ben dan mereka kini dalam proses mengenali hati budi.

PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose mengakui ada perasaan bimbang dengan tanggapan orang sekeliling apabila melihat dia seperti kerap bertukar-tukar pasangan.

Namun, Uqasha, 26, berkata dia juga sama seperti manusia lain yang ingin mengenali orang baharu untuk dicintai dan mencintai bagi meneruskan hidup.
“Memang la kita takut dengan tanggapan orang tapi orang lain bercinta juga cuma saya tak tahu kenapa saya yang melalui benda ini.

“Bagi saya, setiap manusia juga mahu mencintai, dicintai, kenal orang baharu dan teruskan hidup. Sudah tentu setiap hubungan kita nak sesuatu yang serius. “Namun kalau bukan jodoh dan bukanlah kita punya, kita harus lepaskan,” kata Uqasha kepada mStar Online.

Uqasha ditemui ketika malam tayangan filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes E@Curve, di sini pada malam Rabu.Pelakon drama bersiri Rahsia Hati Perempuan ini kini kerap memuat naik foto bersama pelakon Ben Amir di laman sosial.

Baru-baru ini, mereka dilihat bercuti bersama di Bali, Indonesia dan ditemani pelakon Nelydia Senrose yang juga adik kepada Uqasha.Dalam pada itu, Uqasha mula mengenali pelakon drama bersiri Cinta Tiada Ganti itu kira-kria lima tahun lalu.

Uqasha juga memberitahu dia sangat selesa berkawan dengan Ben dan kini dalam proses mengenali hati budi.”Saya dah kenal dia sejak 2013 tapi kami bertemu selepas dia berlakon dengan adik saya iaitu Nelydia.

“Jujur saya akui sangat selesa berkawan dengan Ben. Ini kerana apabila bersamanya, saya boleh jadi sendiri. Tak perlu nak berhias berlebih-lebih. “Biasalah, kalau kita sukakan seseorang itu kita akan sentiasa cuba bergaya untuk buat dia tertarik.

“Tapi dengan Ben, penampilan saya sangat ringkas dan dia pun tak pernah berkata-kata apa-apa,” ujarnya.Sebelum ini, Uqasha pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Pekin Ibrahim, Syafiq Kyle dan Hefny Sahad.

Uqasha juga pada awal kemunculannya pernah dikaitkan dengan pengacara Nabil Ahmad dan seorang jejaka berkuturunan kerabat diraja yang dikenali Tengku Bakar.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: IG Nelydia Senrose, Uqasha Senrose & Raysha Rizrose

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*